Apa itu Pelaburan? Pelaburan ialah kegiatan menanam modal dengan membeli instrumen-instrumen kewangan atau aset dan mencapai jumlah pulangan yang tinggi di masa akan datang. Dengan pelaburan ni bukan sahaja kita melabur di masa akan datang tapi boleh menjadi pendapatan bulanan kita jika kita pandai pelbagaikan portfolio pelaburan. Contoh Pelaburan Hartanah Bila dengar hartanah memang orang ramai tahu yang pelaburan hartanah ni memerlukan modal yang sangat tinggi. Ya, Betul tak dinafikan lagi-lagi di zaman sekarang ini kalau di KL memang susah sangat dah nak jumpa rumah dibawah harga RM 200,000 ni. Kenapa kita kata hartanah ni pelaburan yang menguntungkan ? sebab dia akan meningkat value dia setiap tahun. Contohnya pada tahun 2017 Ali beli rumah nya pada harga RM 100,000, dan pada tahun 2022 Rumah A itu bernilai RM 300,000. To be clear, rumah akan sangkut menjadi liabiliti jika kita berhutang untuk dapatkan rumah tu. Ia sudah tidak menjadi liabiliti apabila rumah itu 100% mil...