Skip to main content

Apa itu pelaburan



Apa itu Pelaburan?


Pelaburan ialah kegiatan menanam modal dengan membeli instrumen-instrumen kewangan atau aset dan mencapai jumlah pulangan yang tinggi di masa akan datang. Dengan pelaburan ni bukan sahaja kita melabur di masa akan datang tapi boleh menjadi pendapatan bulanan kita jika kita pandai pelbagaikan portfolio pelaburan. 

Contoh Pelaburan


Hartanah

Bila dengar hartanah memang orang ramai tahu yang pelaburan hartanah ni memerlukan modal yang sangat tinggi. Ya, Betul tak dinafikan lagi-lagi di zaman sekarang ini kalau di KL memang  susah sangat dah nak jumpa rumah dibawah harga RM 200,000 ni. Kenapa kita kata hartanah ni pelaburan yang menguntungkan ? sebab dia akan meningkat value dia setiap tahun. Contohnya pada tahun 2017 Ali beli rumah nya pada harga RM 100,000, dan pada tahun 2022 Rumah A itu bernilai RM 300,000. To be clear, rumah akan sangkut menjadi liabiliti jika kita berhutang untuk dapatkan rumah tu. Ia sudah tidak menjadi liabiliti apabila rumah itu 100% milik kita dan tidak terikat sebarang perjanjian atau loan baru lah itu boleh kita classified as real asset untuk kita. Untuk membeli hartanah ini memang memerlukan modal yang tinggi tapi kadar keuntungannya juga tinggi.  its take time to grow, "The one who patience enough to wait will be the one who celebrate". Selain itu, kita juga boleh mengaut keuntungan dengan menyewa kepada orang yang memerlukan. Kesimpulan nya, Harga rumah menaik dan juga boleh jana untung bulanan dengan menyewa. Jangan risau tentang tiada penyewa kerana di area Kuala Lumpur ni house demand sangat lah tinggi, ramai student dan juga fresh graduate yang berhijrah ke KL ni untuk bekerja, mereka memerlukan rumah atau bilik sewa yang murah serta dapat memberikan manfaat yang banyak macam dekat dengan lrt, bus station dan kemudahan yang lainnya untuk terus jalani kehidupan dorang. Bagi saya dekat KL adalah yang lokasi paling terbaik untuk buat pelaburan ini.

Akhir kata, untuk menceburi pelaburan hartanah ini kita perlulah berbekalkan ilmu seperti supply and demand di kawasan rumah yang kita hendak beli, Freehold ataupon Leasehold, Lokasi yang strategik seperti dekat dengan kemudahan awam dan jauh dari masalah bencana alam, dan macam-macam lagi. Ini adalah antara yang perlu diambil kira sebelum membeli.  Silap tempat dan tanpa ilmu kita boleh rugi besar!

Saham

Jelas pada zaman dulu orang yang kaya sahaja boleh beli saham kerana nilai yang tinggi tapi zaman dah berubah. sekarang ni dengan berbekalkan RM100 sahaja kita dah boleh memiliki saham syarikat-syarikat di Malaysia ni. First of all, kita kene faham Saham ni adalah satu pelaburan ia  mengambil masa dan kesabaran untuk kita menghasilkan benefit dalam pelaburan kita. So, kenapa saham ni salah satu asset? ini sebab saham memberi kita cashflow. dalam pelaburan saham ni kita akan dapat dua bende. Capital gain atau dalam bahasa melayu kenaikkan modal dan juga dividen. Contoh untuk capital gain;  pada tahun 2021 kita membeli saham Syarikat A pada waktu itu saham syarikat A berharga RM 0.50 untuk satu unit. Minima pembelian saham di Malaysia adalah 1 lot. 1 lot = 100 unit. so kita kalikan RM 0.50 x 100 = RM 50. Pada tahun ini , saham yang kita beli melonjak ke RM2.00 satu unit. RM2.00 x 100 = RM 200. dalam masa setahun dah untung dalam RM 150. Untuk dividen pula kita bagi contoh Company B memberi dividen sebanyak RM 0.04 per unit. so cara kiraanya RM0.08 x 100 = RM 80. Jumlah yang kita dapat dari capital gain dan juga dividen adalah sebanyak RM 280. Berbaloi tak? mestila berbaloi kan kita bukan perlu buat apa-apa. Goyang kaki je. 

TAPI!! kah kah mesti ada tapi. Kita perlulah mempunyai ilmu yang cukup untuk masuk dalam market saham ni. Ini kerana saham bergerak melalui carta candlestick yang di listkan dalam Bursa Malaysia. Kita kene faham jenis-jenis saham yang nak beli dan kadar volatile saham itu. Belajar dari yang berpengalaman dan dapatkan tunjuk ajar dari yang pakar Insha-Allah kita boleh kawal risiko kerugian kita dan menaikkan peluang kita untuk untung. Paling penting ialah sentiasa up to date tentang perkembangan ekonomi dan berita-berita terkini tentang kewangan. Dengan itu kita boleh membuat keputusan saham mana yang kita boleh beli dan bila masa yang tepat untuk membeli nya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang saham saya akan terangkan secara terperinci di page yang akan datang. 

Kesimpulan nya, pelaburan amat penting jika kita ingin mencapai financial freedom. Mungkin sekarang kita tidak nampak kita berkerja dan mempunyai pendapatan. Apa jadi pula bila kita dah tak mampu nak berkerja dan tidak mendapat sebarang gaji. Memang kita ada buat wang simpanan untuk kita bersara tapi bayangkan jika wang simpanan kita itu dapat digandakan lagi dengan pelaburan yang kita lakukan. Kadang ramai saya lihat dengan duit simpanan pon tidak cukup menanmpung kehidupan lepas bersara mereka. Jadi, dengan pelaburan aset yang kita lakukan lah dapat menjana pendapatan untuk kita pada waktu kelak. Orang kata passive income ataupon Cashflow. Banyak lagi pelaburan yang ada di luar sana yang saya tak dapat nak kongsikan di blog saya kali ini. Saya akan kupas satu persatu di masa akan datang  Sekian itu sahaja untuk kali ini Terima kasih,


Comments